Translation

Free Translation bgsound src=http://www.4shared.com/file/79475834/f29b66e9/KENNY_G--GREATEST_HITS_-04-_FO.html loop=infinite>

Tuesday, February 23, 2010

Sudah Bertemu Jodoh?

Ketahui Keserasian Pasangan Anda

Anda pasti dia jodoh anda? Anda yakin pilihan anda tepat? Anda terlalu sukakan pasangan anda kerana dia pandai mengambil hati. Anda sayang kepadanya kerana sikapnya yang lemah lembut
Anda kasihkan dirinya kerana dia tidak pernah melupakan hari-hari penting anda, tanda ingatannya kepada anda yang tidak pernah luput. Anda menghormatinya kerana dia tidak pernah
mungkir janji dengan anda. Anda meminatinya kerana dia mempunyai budi pekerti yang tinggi, sopan serta sepanjang masa manis gerak geri dan tutur katanya. Dia sesungguhnya anggun dan hebat. Namun fikirkan dulu adakah dia akan sentiasa begitu untuk selamanya atau semasa saat manis dan indah waktu hangat dilamun cinta bersama anda.

Jangan anda terburu-buru. Kata orang tua-tua, ikut rasa binasa, ikut hati mati. Yang selamat adalah mengikut fikiran anda yang rasional dan matang, kerana dengan mengikut fikiran akan terbentang di hadapan anda jalan lapang yang luas terbuka.

Kini tersedia untuk anda satu Kaedah Pengiraan Keserasian yang terbukti dapat membantu anda memilih pasangan hidup yang terbaik. Kaedah pengiraan ini secara terperinci memberitahu anda apa akan mungkin terjadi pada permulaan, pertengahan dan penghujung kehidupan bersama pasangan yang anda pilih.

JANGAN DI TUNGGU LAGI!
KEBAHAGIAN HIDUP ADALAH HAK ANDA


Mukadimah

Panduan Kesejahteraan Perkahwinan

Tidak ada masalah yang tak dapat diselesaikan. Tidak ada rahsia yang tak dapat dihuraikan.

Bagaimanakah caranya? Caranya ialah dengan mengenali dan menyelami diri pribadi pasangan anda dengan cara yang terperinci.

Tidak terlalu sukar dan susah. Anda hanya perlu membaca maklumat dan coretan yang tertera di bawah ini. Dengan membaca dan memahami kemudahan yang tersedia buat diri anda sekarang diharap anda akan menfaatkan kemudahan ini untuk mencari teman yang paling sempurna untuk dijadikan pasangan anda seumur hidup Insyallah!.


Sejarah Rahsia Keluarga!

Kaedah Pengiraan Keserasian Pasangan ini merupakan satu kaedah yang selama ini menjadi rahsia sebuah keluarga yang dibawa turun-temurun lebih 200 tahun yang lalu. Sehingga kini kaedah ini dijaga dan disimpan dengan rapi tanpa diajar mahupun diberitahu kepada sesiapa pun selain daripada keturunan yang membawa pertalian darah keluarga yang berkenaan.

Kaedah ini sehingga sekarang tidak digunakan untuk orang luar melainkan hanya dimanfaatkan untuk kepentingan keluarga sendiri. Kaedah inilah yang digunakan bagi menentukan kesesuaian dan keserasian bagi mereka yang bakal menjadi ahli didalam keluarga ini.

Bagaimana Ia Bermula…………

Kaedah Keserasian Pasangan ini bermula dan kekal melalui sejarahnya yang panjang. Pada pertengahan abad ke 18, seorang pengembara Arab telah tiba ke Semenanjung Tanah Melayu dan setelah mengembara hampir ke seluruh pelusuk Tanah Melayu dan akhirnya beliau menetap di sebuah perkampungan Melayu di negeri Perak Darul Ridzuan apabila beliau bertemu jodoh dan berkahwin dengan seorang wanita berketerunan Melayu.

Perkahwinannya yang menjangkau usia 15 tahun itu dikurniai empat orang anak. Namun jodoh, rezeki dan maut seseorang itu terletak di tangan Allah (SWT). Apabila ia menghendaki sesuatu, apa pun maka berlakulah seperti kehendakNya. Tidak ada yang dapat menghalangNya lagi. Begitulah nasib syeikh pengembara tadi, setelah 15 tahun hidup aman dan damai bersama isteri yang amat dikasihinya, jodohnya telah diputuskan oleh Allah (SWT).

Kehidupan sebagai suami isteri yang terpaksa melalui perpisahan telah menimbulkan perasaan tersiksa yang tak dapat dibayangkan. Perpisahan itu adalah satu pukulan hidup yang maha berat baginya. Oleh kerana terlalu kecewa, sedih dan luka yang tak tertanggung pedihnya, beliau telah mengurung dirinya di dalam bilik bersendirian sambil tidak putus-putus memohon petunjuk dan panduan daripada Allah yang Maha Esa. Selain memohon petunjuk dan panduan, doanya juga tidak putus-putus kepada Allah (SWT) memohon kekuatan untuk dia bersendirian melayari kehidupan yang tak diketahui penghujungnya itu.

Kasihnya terhadap bekas isterinya tiada perbandingan sehingga beliau seperti telah meyakinkan dirinya bahawa tidak akan ada pasangan lain lagi untuknya di dunia ini.

Begitulah peritnya syeikh ini menanggung beban hidup sepanjang waktu, siang dan malam sehinggalah pada suatu malam…….dia didatangi seseorang didalam mimpi.

Dalam mimpinya itu, beliau didatangi oleh seorang syeikh yang tidak dikenalinya. Syeikh itu selepas menasihatinya agar banyak bersabar, terus mengajarnya ilmu Kaedah Pengiraan Keserasian bagi mencari pasangan.

Begitulah bermulanya Kaedah Pengiraan Keserasian ini dan diharap kaedah ini akan membantu anda mengetahui perjalanan kehidupan anda dan pasangan anda.

Sejak 200 tahun yang lampau tidak seorang pun mendapat bantuan daripada kaedah pengiraan ini melainkan keturunan pengembara Arab itu sehinggalah kepada cucu-cicitnya sekarang.

Rezeki, jodoh pertemuan dan maut adalah di tangan Allah (SWT). Dalam waktu yang sama kita percaya dan berimankan Qada’ dan Qadar yang ditentukan oleh Allah (SWT). Allah (SWT) juga memberi kita akal, anugerah tertinggi kepada makhluk yang dijadikanNya sebagai sebaik-baik kejadian. Dengan akal, manusia mempelajari ilmu pengetahuan. Dengan ilmu pengetahuan manusia memperolehi manfaat yang tak terhitung banyaknya. Dengan ilmu pengetahuan manusia dapat mempelajari masa lalu dan menjangkau masa depannya.

Mengupas Kelopak Kehidupan

Pengiraan keserasian pasangan ini terbahagi kepada tiga bahagian:

1. Permulaan hidup bersama
2. Pertengah hidup
3. Penghujung hidup

Ketiga-tiga bahagian kehidupan ini jarak masa diantara satu dengan yang lain tidak dapat ditentukan dan ia berbeza-beza bagi setiap pasangan.

Pengiraan Keserasian Pasangan ini memberi panduan kepada individu mengetahui jalan hidup yang bakal ditempuhinya sekiranya dia berkahwin dengan pasangannya. Pasangan akan mendapat panduan apa yang mungkin berlaku pada setiap bahagian hidupnya sekiranya berkahwin dengan individu yang dipilih.

Pengiraan Keserasian Pasangan membantu memberitahu secara terperinci setiap satu bahagian kehidupan bersama dengan menjelaskan tahap kesusahan ataupun kesejahteraan yang mungkin akan dihadapi atau dikecapi oleh pasangan itu.

Pengiraan ini juga akan membantu memberitahu kemungkinan berlaku perpisahan sekiranya ada di dalam satu-satu bahagian kehidupan bersama dan sekiranya perpisahan berlaku didalam bahagian pertama dan kedua apa pula yang mungkin berlaku sekiranya mereka merujuk semula.


Bila Ia Diperlukan?

Melangkahi masuk alam perkahwinan bagi seorang lelaki mahupun seorang perempuan bermakna memasuki satu dunia yang penuh cabaran dan tanggungjawab.

Semua yang memasuki alam perkahwinan dan rumahtangga, lelaki mahupun perempuan mahukan yang terbaik baginya. Ibu bapa dan keluarga kedua belah pihak juga berharap sedemikian. Sewaktu hendak memasuki alam perkahwinan, jika seseorang itu dapat gambaran tentang nasib dan masa depannya, tidak ada seorang pun yang mahu perpisahan dengan pasangannya. Namun realiti kehidupan tidak selalunya demikian. Tidak sedikit yang terjadi lain yang dipohonkan lain pula yang diizinkan olehNya berlaku.

Justeru itu sering kita membaca mahupun mendengar dipelbagai media cetak akhbar dan majalah mahupun di media elektronik pelbagai peristiwa yang menggembirakan, tidak kurang pula yang menyedihkan malahan yang menyayat hati. Peristiwa yang menggembirakan ialah apabila sesuatu pasangan itu berjaya dan bahagia dalam perkahwinannya. Manakala yang menyedihkan dan yang menyayat hati ialah apabila berlakunya perpisahan sehingga tidak sedikit kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa perpisahan kedua ibu bapanya. Perpisahan juga mungkin akan menyebabkan putusnya tali silaturrahim antara sesama manusia.

Oleh kerana pentingnya alam perkahwinan bagi seorang insan, maka janganlah ada yang memandang remeh mahupun yang melihat bahawa perkahwinan adalah suatu perkara yang tidak penting. Kepentingan perkahwinan jelas dan penting kerana dengannyalah maka kekalnya keturunan dan zuriat manusia.

Allah berfirman di dalam Al-Quran (maksudnya): Dan jika kamu sanggup berlaku adil terhadap wanita-wanita yatim (apabila kamu mengahwininya) maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu cintai: dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu takut tidak akan sanggup berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja, atau hamba-hamba sahaya yang kamu miliki. Yang demikian itu lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya. (Al-Quran Surah An-Nisaa’ ayat 3).

Oleh kerana sedemikian pentingnya alam perkahwinan dan rumahtangga itu, seseorang insan, lelaki mahupun perempuan sebelum memasukinya hendaklah menghitung banyak perkara, tidak saja aspek kemampuan untuk memasukinya dari segi kewangan semata, yang sama pentingnya ialah sama ada seseorang itu adalah pasangan yang ideal atau sebaliknya dengan kita. Sama ada perkongsian itu boleh kekal lama ataupun akan pecah berderai di tengah jalan. Sama ada pada permulaan hidup menghadapi cabaran yang besar dan di pertengahan dan penghujungnya memperolehi petunjuk dan hidayah sehingga jalan yang sempit menjadi luas terbentang di hadapan. Ataupun pada peringkat awal dan pertengahan mendapat jalan lapang tetapi pada penghujung hidup menghadapi banyak masalah dan perpecahan.

Anda boleh mendapat gambaran yang lebih jelas dengan menggunakan Kaedah Pengiraan Keserasian Pasangan ini. Kaedah Pengiraan Keserasian Pasangan bukanlah satu kaedah untuk menentukan pasangan hidup anda tetapi satu kaedah atau satu pengiraan bagi membantu anda membuat pilihan yang tepat dan terbaik untuk berkongsi hidup dengan insan pilihan anda hingga ke akhir hayat.

Sebaliknya jikalau anda tetap juga dengan pasangan yang anda telah pilih Pengiraan Keserasian Pasangan ini dapat memberi gambaran dan panduan tentang apa yang mungkin anda akan hadapi agar anda lebih bersedia menanganinya seperti apabila kita mengetahui apakah penyakit yang menyebabkan kita sakit, maka senanglah kita mengawal atau mengubatinya.

Jelas bahawa Kaedah Pengiraan Keserasian ini diperlukan oleh setiap orang pada setiap peringkat kehidupannya. Kepada yang belum bertunang, yang dalam alam percintaan dan belum berkahwin, kaedah ini boleh membantunya mengenali dirinya dan pasangannya dengan lebih tepat. Kepada yang telah bertunang, Kaedah Pengiraan Keserasian dapat membantu mengenal pelbagai masalah yang mungkin timbul dalam alam rumahtangga yang akan ditempuhi. Apabila kita dapat menjangkakan masalah yang bakal timbul, maka mudahlah bersedia untuk menghadapinya dengan keyakinan dan kesabaran.


Siapa Yang Memerlukan?

Kaedah ini diperlukan oleh semua orang yang ingin hidup berumahtangga. Mereka yang telah bertemu pasangan yang dianggap ideal dan mereka yang membuat perancangan untuk bertunang atau berkahwin amat sesuai mendapat bantuan Pengiraan Keserasian Pasangan ini sebagai usaha untuk mengenalpasti hala tuju kehidupan dengan pasangan yang mereka pilih. Selain itu dengan kaedah ini, ibu bapa juga dapat menyumbang kepada kesejahteraan anak-anak mereka dengan memberi nasihat setelah merujuk kepada Pengiraan Keserasian Pasangan ini.

Pasangan yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak tidak boleh mendapat bantuan Pengiraan Keserasian Pasangan ini kerana anda telah memilih pasangan anda dan telah jauh mengharungi alam berumahtangga. Pengiraan keserasian pasangan ini bukan satu kaedah menilik nasib tetapi adalah satu cara untuk mencari kebaikan dan cuba menghindarkan yang buruk.


Yang Tersirat Dan Tersurat

Seperti yang disebutkan sebelum ini jodoh pertemuan, rezeki dan maut bukan kita yang menentukannya. Yang menentukannya ialah Allah yang Maha Esa. Pengiraan Keserasian Pasangan hanya boleh berlaku setelah pertemuan diizinkan. Maut tetap kuasa Tuhan dan ia tidak dapat dihitung di dalam mana-mana bahagian di dalam kehidupan pasangan tersebut. Bila-bila masa saja maut akan datang. Tidak sesiapa pun yang dapat menjangkakannya.


Hakikatnya

Tidak ada sesiapa mahu pun apa juga kaedah yang sempurna di dunia ini. Yang mutlak kesempurnaan hanyalah Tuhan yang Maha Esa. Segalanya yang perkara berlaku adalah dengan kehendakNya. Manusia hanya dapat berusaha. Yang menentukan hanya Allah. Namun sebagaimana yang dijelaskan pada bahagian awal lagi bahawa Allah (SWT) menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Iaitu apabila Ia memberikan manusia dengan kelengkapan akal. Dengan kemampuan akal serta keizinanNya manusia beroleh ilmu pengetahuan. Dengan ilmu pengetahuan manusia berusaha untuk mensejahterakan kehidupannya masa kini mahupun masa depan. Setelah berusaha Allah (SWT) meminta manusia supaya berdoa dan berserah kepadaNya. Setelah berusaha kita manusia memohon restu daripadaNya. Dialah yang menentukan segala-galanya. Tidak ada sebiji zarah pun akan bergerak tanpa izinNya. Demikian tidak mungkin berlaku apa jua pun di dunia ini tanpa izinNya.


Sesal Dahulu Pendapatan………

Masa itu emas. Begitulah kata-kata dan falsafah yang diperturunkan oleh orang bijaksana. Oleh kerana ia emas, maka ia amat berharga. Jika kita tidak menggunakan dengan sebaik-baiknya, maka kita akan menanggung kerugian. Jadi gunakanlah masa dengan sebaiknya untuk membuat keputusan yang tepat.

Janganlah pula mengambil masa yang terlalu panjang untuk membuat keputusan muktamad mengenai pasangan ideal untuk kita. Oleh kerana masa itu emas dan kehidupan kita didunia ini terhad, apabila kita mendapati pasangan yang kita pilih itu bukan pasangan yang paling baik untuk kita hendaklah kita membuat keputusan segera agar kita tidak membuang masa dan juga tidak membuang masa orang lain. Maka kita masing-masing akan berada didalam kerugian.

Sudah didedahkan kepada anda kaedah yang dapat membimbing keputusan anda. Berusahalah dan jangan mendiamkan diri. Sesungguhnya lebih baik tahu daripada tidak tahu, bertindaklah sekarang untuk memastikan pilihan anda adalah tepat.


Asal Usul

Sejarah dan Bukti Yang Terpampang Di Hadapan.

Terlalu banyak orang yang bertanyakan tentang asal usul dan daripada mana datangnya Kaedah Pengiraan Keserasian pasangan ini?

Memang benar cerita sebelum ini cuma mengisahkan seorang saudagar Arab yang datang ke Tanah Melayu pada kurun ke 18 yang menurunkan ilmu Kaedah Pengiraan Keserasian ini kepada keturunannya.

Apa pertalian persaudaraan saudagar Arab ini dengan penulis?

Sebenarnya saudagar Arab ini merupakan moyang yang keempat sebelum datuk kepada penulis ini yang bernama Yeom bin Mohd. Hussein. Pak Yeom amat dikenali ramai di Alor Setar, Kedah dan dialah yang menurunkan Kaedah Pengiraan Pasangan ini kepada anak-anaknya. Penulis yang merupakan cucu kepada Pak Yeom terpaksa meminta izin daripada ibu dan bapa saudaranya yang ramai untuk mempraktikkan ilmu Pengiraan Keserasian ini bagi kebaikan orang ramai. Setelah berjanji bahawa rahsia pengiraan ini tidak akan didedahkan selari dengan pesanan moyang-moyang sebelumnya barulah penulis dibenarkan menggunakannya untuk kepentingan orang ramai.

Memang agak susah untuk mempercayai kaedah pengiraan ini yang hanya menggabungkan dua nama lelaki dan perempuan. Namun ketepatan pengiraan ini amat menakjubkan sekali.

Penulis ingin berkongsi cerita kisah bisikan Pak Yeom kepada anak-anaknya iaitu Faridam Shah dan Siti Dinnar, anak pertama dan keduanya. Ceritanya ialah kisah dua orang doktor perubatan yang bernikah dan dikenali rapat oleh Pak Yeom.

Pasangan doctor ini bernama Mahathir Mohamed dan Siti Hasma Ali. Kiraan Keserasian pasangan ini adalah ‘0-2-6’.

“Ayah heghan ayah kira depa ada ‘0’ pada awai hidup sedangkan budak-budak ini doktor belaka. Hidup depa ni patut aman dan nak cari makan aku ingat senang kut”. Begitu kata-kata Pak Yeom. Tetapi Pak Yeom tak hidup lama untuk melihat Mahathir terus menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat.

Yang jelas pada awal hidupnya Mahathir telah dipecat dari UMNO oleh Tunku Abdul Rahman. Mungkinkah ini ‘0’ yang dimaksudkan oleh Pak Yeom atau ada cerita lain yang kita tidak tahu atau kiraan Pak Yeom memang tidak tepat.

Penulis pula mengirakan keserasian Anwar Ibrahim dan Wan Azizah semasa Anwar sedang berada di kemuncaknya. Mengikut kiraan penulia iaitu ‘2-0-6’ memang terdapat keperitan yang mungkin juga menyebabkan perpisahan di pertengah kehidupan mereka berdua. Pening kepala penulis memikirkannya memandangkan pada masa itu Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Hubungan mereka suami isteri juga, pada mata kasarnya amat rapat dan mesra. Mana mungkin boleh ada keperitan kehidupan?

Mereka mungkin kadangkala tidak ada persefahaman seperti pasangan suami isteri yang lain dan mungkin juga bertengkar sekali sekala. Tetapi kalaupun bertengkar, mana mungkin boleh berlaku perpisahan kerana mereka adalah pemimpin dan ‘role model’ yang sentiasa diperhatikan oleh umum.

Memang tak masuk akal langsung bahawa mereka akan hadapi keperitan kehidupan. Tapi logik akal juga tidak sentiasa benar. Begitulah kehidupan. Dan begitulah yang telah ditakdirkan Allah (SWT) terhadap pasangan Anwar-Wan Azizah. Anwar-Wan Azizah ditakdirkan berpisah setelah Anwar dipenjarakan. Sekarang Anwar menghadapi pertuduhan baru. Apakah Anwar dan Azizah belum keluar dari bahagian pertengahan hidup mereka? Kita tunggu dan lihatlah keputusan yang akan datang.

Ada kebenaran jugakah Kaedah Pengiraan Keserasian Pasangan yang Pak Yeom turunkan ini?

Penulis pernah duduk bercerita dengan salah seorang bapa saudara yang telah berkahwin dua pada satu ketika. Setelah bertanya kepada beliau kenapa dia berkahwin dengan perempuan itu sedangkan dia tahu kiraan keserasian antara dia dan isteri keduanya itu amat teruk. Beliau menjawab yang dia tak berapa percaya pengiraan ini dan kalau dah cinta apa kisahkan kiraan?

Memang dia akui dia kena banyak bersabar kerana dia tahu setiap tahap kehidupan bersama isteri keduanya, tetapi dia akhirnya kecundang walaupun isteri pertamanya tahu dan merestui isteri kedua itu.

Dia gagal dan barulah dia menerima hakikat yang dia tidak dapat menahan pergolakan yang berlaku meskipun bersabar setengah mati untuk melawan kebenaran kiraan tersebut.

Kiraan keserasian sebenarnya telah dipraktikkan beribu tahun dahulu oleh semua manusia di seluruh dunia. Ada yang melihat dari segi wajah kedua pasangan, dan ada pula yang menggunakan teknik menilik telapak tangan. Ada juga yang menggunakan tarikh lahir pasangan sebagai panduan.

Orang Melayu tidak kurang handalnya mengira keserasian pasangan dengan berpandukan berbagai kitab dan petua orang dulu. Di Asia Barat pula astrologi atau ilmu falak yang berpandukan bulan dan bintang telah digunakan beribu tahun dahulu. Setiap satu kaedah itu ada kelebihan dan juga tahap keberkesanannya sendiri.

Terpulanglah kepada setiap individu untuk membuat pilihan dan penilaiannya.

Terdapat kelainan diantara penilikan dan kiraan keserasian. Penilikan membaca perjalanan hidup seseorang individu. Kejadian yang telah berlaku dan yang akan berlaku dibaca dengan pelbagai cara. Ia tidak khusus kepada kesinambungan rumahtangga dan tidak mengambil kira hukum-hukam agama. Ada yang kata kena pakai cincin dengan batu berwarna tertentu. Ada pula yang mengatakan kita tidak boleh duduk di rumah yang tidak sesuai tapak binaannya. Tidak kurang pula yang menetapkan warna baju yang patut dipakai.

Selain itu banyak pantang larang yang terpaksa diikuti. Pengiraan Keserasian cuma pada pasangan yang telah bertemu jodoh dan berhajat hendak mendirikan rumahtangga. Penulis cuma boleh membuat kiraan untuk orang yang beragama Islam dan mempunyai hajat yang murni sahaja. Jodoh bukan sesuatu yang boleh kita ada-adakan dan sempurnakan. Ia suatu pertemuan yang direstui dan diredhai oleh Tuhan.

Kalau dijodohkan satu pasangan itu akan berkahwin, tidak ada kuasa yang boleh menahan mereka daripada melangsungkan niat mereka melainkan Tuhan yang Maha Esa.


Kebahagian dan Kemakmuran Hidup

Menyentuh aspek kebahagian dan kemakmuran yang dapat ditelah dan dihitung di dalam Kaedah Kiraan Keserasian ini, banyak orang yang bertanya kepada penulis bagaimana ia boleh dihitung dan digambarkan dengan lebih terang dan jelas?

Penulis lebih memandang keserasian daripada sudut kebahagiaan kerana daripada kebahagiaan baru boleh timbul kemakmuran. Satu pasangan yang tidak serasi bagaimana mereka akan bahagia? Hanya pasangan yang serasi akan dapat menikmati kebahagiaan. Satu pasangan yang serasi bermakna mereka sepakat di dalam semua perkara termasuk kepercayaan antara satu sama lain, dalam hal aktiviti mencari dan mengumpul rezeki, dalam perkara mendidik keluarga, mengerjakan seruan agama dan mereka boleh dengan mudah bertolak ansur sekiranya terdapat perselisihan faham dan pendapat.

Kalau ciri-ciri yang disebutkan itu tidak ada, daripada mana akan datangnya kebahagiaan walau pun mereka dari segi kebendaann kaya raya. Perlu diketahui bahawa banyak orang yang hidupnya mewah dan kaya raya, tetapi mereka tidak juga bahagia dan porak peranda kehidupannya.

Kebahagian dan kemakmuran sesuatu pasangan juga berbeza dengan pasangan yang lain. Ia bergantung kepada rezeki yang diberi oleh Tuhan kepadanya. Mungkin ada yang duduk di rumah teres dan hanya mampu berkereta Proton tetapi mereka bahagia. Dan tidak mustahil ada orang yang duduk di banglo dan berkereta mewah tetapi hidupnya tidak bahagia. Begitu juga sebaliknya, ada yang hidup mewah, duduk di banglo dan hidup bahagia.

Kepuasan hidup berbeza antara satu pasangan dengan pasangan yang lain. Ada orang yang mewah tapi susah mengendalikan kehidupannya. Kaedah Pengiraan Keserasian dapat memberi gambaran ini dan mengukur keserasian pasangan dengan kebahagian. Tidak ada orang di dunia ini yang mahu kehidupannya porak peranda tetapi mewah kerana kehidupan yang sedemikian jiwanya sebenarnya kosong dan hidup pada hakikatnya tidak bermakna.

Ada juga individu yang bertanyakan kepada penulis apakah nama pasangan untuknya yang paling sesuai. Penulis menjelaskan kepada individu yang bertanya itu bahawa Kaedah Keserasian Pasangan ini bukan satu kaedah yang berguna untuk mencari jodoh. Kaedah ini untuk melihat keserasian jodoh. Ini bermakna setelah ada pasangan barulah kita menghitung dan mengira keserasiannya. Bukan yang selain daripada itu. Kita tidak boleh mencari nama untuk menemui jodoh yang sesuai kerana jodoh cuma berlaku setelah kita rasa suka dan Tuhan mengizinkan.

Ada juga yang mengatakan bahawa mereka tidak dapat mencari jodoh sendiri kerana calon pasangan bagi mereka ditentukan oleh orang tuanya. Jadi kalau beginilah caranya maka mereka terpaksa mencari pasangann sendiri supaya keserasian dapat ditentukan.

Ini anggapan yang tidak benar kerana sesiapa saja boleh membantu menonjolkan pasangan kepada kita tetapi jodohlah yang menentukan sama ada kita boleh hidup bersama atau tidak.

Kita tidak boleh lari daripada jodoh dan kalau kita ditakdirkan berkahwin juga dengan pasangan yang kita telah tahu baik buruk keserasian kita maka itulah suratan hidup yang ditentukan. Tidak ada Kaedah Pengiraan Keserasian di dunia ini yang dapat menghalang jodoh. Pengiraan Keserasian Pasangan tidak boleh menentukan jodoh kerana kiraan ini cuma menerangkan jalan kehidupan pasangan tersebut yang telah bertemu jodoh. Kalau dijodohkan kita berkahwin maka kita tetap akan berkahwin dan kalau ditakdirkan kita berpisah sama ada sebelum berkahwin atau sesudah berkahwin maka kita tetap akan berpisah juga.

Tetapi alangkah baiknya sekiranya kita tahu sedikit sebanyak jalan hidup kita supaya kita dapat menambah kebahagian atau mengawal kepincangan yang mungkin kita akan lalui. Pendek kata kita berusaha dan kesudahannya adalah takdir yang disebut Qada’ dan Qadar daripada Allah (SWT).

Ada juga yang bertanya bagaimana caranya sekira seseorang individu ingin berkahwin dengan individu yang akan diIslamkan. Dalam hal ini maka bolehlah dipilih nama yang sesuai untuk keserasian pasangan.

Bunyinya mudah saja. Tetapi hal yang demikian tidak mungkin boleh. Tidak boleh kita menipu dan memperdayakan diri sendiri. Sekali lagi diperingatkan bahawa bukan kita yang menentukan takdir kehidupan kita.

Selain daripada itu kiraan keserasian dibuat setelah nama saudara baru telah diberi dan sah dari segi hukum agama dan undang-undang. Sebab itulah cara pengiraan ini tidak boleh diumumkan secara terbuka kerana ia boleh disalahgunakan.

Memang diakui, penulis tidak mampu mengesahkan bahawa nama yang diberi untuk dibuat kiraan bagi mereka yang bergelar saudara baru sebenarnya bukan muktamad dan mungkin ditukar untuk kesesuaian kiraan yang terbaik. Ini cuma akan merosakkan diri sendiri kerana kita sudah rasa berkuasa untuk menentukan jalan hidup kita.Perlu diingatkan lagi bahawa jodoh pertemuan adalah kuasa Allah.

Sebagai contoh salah seorang saudara penulis telah berkahwin dengan seorang berbangsa Cina yang telah diberi nama yang sesuai kerana saudara penulis pun tahu kaedah kiraan keserasian ini. Akhirnya pasangan ini berpisah juga setelah tiga tahun bersama. Ini menunjukkan kiraan keserasian cuma boleh digunakan setelah nama pasangan disah dan ditetapkan.

Bagaimana pula mereka yang berstatus janda atau duda? Kan dah lalui semua tahap kehidupan. Walaupun bertaraf janda dan duda ketiga-tiga tahap kehidupan anda akan bermula seperti pasangan yang lain setelah anda berkahwin denga pasangan anda yang baru. Oleh kerana itu amatlah penting kita menjayakan perkahwinan kita yang baru itu kerana masing-masing bersih daripada kemungkinan kerana kejadian belum berlaku. Janganlah disebabkan keperitan dan kepedihan yang dialami dahulu membuat kita berwaspada sehingga kita tidak memberi komitmen dan kerjasama yang sepenuhnya kepada pasangan baru kita kerana takut perkara buruk menimpa kembali. Setiap manusia berlainan dan mempunyai jalan hidup yang berbeza.

Kadangkala penulis amat sedih sekali apabila menerima panggilan dan surat memohon bantuan kiraan keserasian. Ada yang akan berkahwin seminggu lagi dan ada pula yang tidak tahu mana satu pasangan yang terbaik untuk mereka.

Penulis buat kiraan dan mendapati keserasian pasangan itu tidak sesuai. Hari perkahwinan telah pun hampir jadi apa yang boleh dibuat lagi. Penulis menasihati pasangan yang dalam keadaan sedemikian untuk meneruskan hajat mereka dan jadikanlah kiraan Keserasian Pasangan sebagai panduan untuk mengharungi kehidupan. Berdoalah pada Tuhan agar mendapat keredhaan daripadaNya bahawa sesungguhnya Dialah yang paling berkuasa pada setiap masa dan di mana-mana pun.

Untuk mereka yang mempunyai banyak calon pasangan pula tentukan dulu daripada semua aspek yang mana terbaik di antara ramai barulah minta khidmat keserasian sebab biasanya kita secara umumnya telah tahu kebaikan dan keburukan pasangan kita. Cuma kita tidak mahu mengakui kepincangan yang diketahui sebab kita sangat sayang kepadanya sehingga buta kepad yang nyata dan jua kita rasa kita boleh mengubahnya apabila berkahwin nanti. Kalau boleh dinasihati, penulis mencadangkan janganlah membuang masa untuk memperbaiki seseorang yang dipilih kerana belum tentu kita akan berjaya didalan proses pemulihan itu.Pilihlah calon dengan berpandukan kepada ciri-ciri yang disyorkan oleh agama kita. Nescaya dengan cara ini kita akan sentiasa selamat dan bahagia.

Ada pula yang mengenepikan kepincangan pasangan disebabkan pasangan mereka ada kedudukan dan harta. Untuk yang dalam keadaan begini, beringatlah kerana kalau kita membuat pemilihan yang dipengaruhi kekayaan kita akan gelap dan mungkin hanyut untuk selama-lamanya.

Sebaik-baiknya semasa memilih pasangan, oleh kerana kehidupan berumahtangga dan berkeluarga bukan suatu kehidupan yang boleh dicuba-cuba begitu saja, maka carilah pasangan kita itu seorang yang berbudi pekerti mulia, patuh kepada ajaran agama dan sederhana dalam segala aspek. Ingatlah bahawa pasangan kita itu adalah orang yang bakal meninggalkan dan mengekalkan zuriat dan baqa kita di muka bumi ini. Dan ingatlah bahawa manusia itu adalah Khalifah Allah di bumi ini.

Insyaallah dengan bantuan Keserasian Pasangan ini anda akan dapat mengharungi kehidupan berumahtangga dengan penuh kasih sayang dan kesejahteraan. Elakkanlah keruntuhan rumahtangga kerana perbalahan dan perpisahan pasangan adalah perasaan yang amat pedih dan meninggalkan parut yang kekal dihati dan jiwa kita walaupun lukanya mungkin sembuh. Buatlah pilihan yang tepat.

Kaedah Pengiraan

Carta Pengiraan Keserasian Pasangan

Permulaan Kehidupan
Pertengah Kehidupan
Penghujung Kehidupan

I ).Permulaan Kehidupan (dari mula kehidupan sebagai suami isteri)

Terbahagi kepada 3 tahap kesempurnaan hidup.

2. Permulaan hidup yang terbaik dan amat sempurna dan sejahtera.

1. Permulaan hidup yang agak baik dan sempurna.

0. Permulaan hidup yang susah tetapi biasa berlaku kepada pasangan muda yang baru
Mengenali pasangan mereka.

Nota: Perpisahan yang berlaku ditahap permulaan boleh dirujuk semula tetapi pasangan patut mengambil kira tahap kesempurnaan pertengahan dan penghujung hidup.


II ).Pertengah Kehidupan

Terbahagi kepada 5 tahap kesempurnaan.

3. Kehidupan yang terbaik dan mempunyai kesejahteraan yang sempurna dan bahagia.

2. Kehidupan yang tidak mempunyai masalah besar dan agak sempurna.

1. Kehidupan yang ala kadar ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang yang mungkin menyebabkan ketegangan disebabkan kesempitan.

0. Kehidupan yang susah dimana mungkin menyebabkan keretakan rumahtangga sekiranya kesabaran tidak diutamakan.

4. Kehidupan yang amat susah penuh dengan keperitan dan ketegangan kehidupan yang biasanya menyebabkan keretakan rumahtangga dan perpisahan.

Nota:Perpisahan yang berlaku ditahap pertengahan boleh dirujuk semula tetapi pasangan patut mengambil kira apa pula tahap kesempurnaan di penghujung hidup.



III ).Penghujung Kehidupan

Terbahagi kepada 7 tahap kesempurnaan.

6.Kehidupan yang terbaik dan kesejahteraan yang amat memuaskan akan anda kecapi bersama pasangan. Segala kebahagiaan didalam kehidupan setaraf dengan tahap hidup anda akan berlaku bersama pasangan. Slogan hidup rukun aman dan damai begitu terserlah didalam kehidupan anda.

5. Kehidupan yang baik dan sempurna didalam banyak perkara. Kesejahteraan yang memuaskan akan dikecapi dan rumahtangga akan aman dan damai.

3. Kehidupan yang agak sempurna dan ada kelebihan daripada tahap 2 tetapi masih belum mencapat kesejahteraan yang diimpikan.

2. Kehidupan yang agak baik tetapi anda tidak hidup didalam suasana kesejahteraan yang diimpikan tetapi kuranglah masalah-masalah besar yang anda perlu hadapi. Contohnya: Pasangan bekerja sebagai kerani dan telah membeli rumah kos sederhana mempunyai 4 orang anak dan perlu bekerja sehingga mendapat pencen dan setelah itu mungkin terpaksa berniaga kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan keluarga yang tidak mencukupi dengan wang pencen.

1. Kehidupan yang kurang sedikit masalah daripada tahap 0 tetapi masih tidak ada kesempurnaan kehidupan dan juga sudah lambat untuk kita menukar jalan kehidupan kita dengan pasangan.

0. Kehidupan yang susah dan kerana berlaku dipenghujung hidup sukar untuk kita menukar hala tuju hidup kita dengan pasangan.

4. Kesusahan, keretakan dan perpisahan kemungkinan berlaku dan biasanya semasa pasangan berada di peringkat umur 40an. Perpisahan sekiranya berlaku di penghujung hidup ini biasanya tidak dapat dirujuk semula dan sekiranya cubaan dibuat juga tahap kehidupan anda dan pasangan mungkin akan seperti dahulu juga.

Nota: Sekali lagi peringatan bahawa soal ajal dan maut tidak dapat dihitung dan ia boleh berlaku didalam mana-mana tahap kehidupan yang tersebut diatas.